Ramai antara kita yang masih lagi tidak tahu mengenai kepentingan mempunyai website untuk perniagaan sendiri.
Mereka lebih selesa menggunakan Facebook dan Instagram sebagai platform untuk mengusahakan perniagaan.
Sebenarnya, membina website untuk perniagaan adalah amat penting pada masa kini. Anda perlu memikirkan keselamatan bisnes yang diuruskan melalui media sosial.
Adakah ia selamat daripada digodam dan sebagainya?
Oleh itu, artikel ini akan membincangkan mengenai kepentingan website serta cara-cara mudah untuk membina website bisnes.
Teruskan membaca.
Kenapa Perlu Ada Website Untuk Bisnes?
Membina trust kepada bisnes anda
Setiap prospek atau bahasa mudahnya; pelanggan akan lebih mempercayai produk atau servis yang boleh dicari di search engine.
Search engine seperti Google mempunyai segala maklumat mengenai bisnes, produk, dan juga servis yang disediakan untuk pelanggan.
Cara ini akan membuatkan pelanggan lebih mempercayai serta mendapatkan maklumat mengenai bisnes anda.
Website sebagai Salesmanuntuk 24/7
Website umpama salesman yang menyediakan penjelasan mengenai bisnes, produk dan servis kepada pelanggan.
Selain itu, pelanggan atau prospek tidak perlu menunggu working hours pada keesokan harinya.
Mereka boleh membeli produk secara online tanpa menunggu respons daripada penjual.
Kepelbagaian strategi pemasaran
Dengan adanya website untuk bisnes, anda boleh melakukan pelbagai strategy marketing bagi menaikkan lagi prestasi perniagaan anda.
Anda boleh melakukan teknik-teknik seperti pengiklanan melalui Google Ads dan Search Engine Optimization (SEO) bagi membina online presence.
3 Perkara Penting Sebelum Buat Website
Sebelum anda membina website untuk bisnes, terdapat 3 perkara penting yang anda perlu tahu. Antaranya ialah domain, hosting dan juga platform yang digunakan.
Pemilihan nama domain
Pemilihan nama domain adalah sangat penting sebelum membuat website. Hal ini kerana nama domain akan melambangkan jenis bisnes anda.
Nama domain ini seperti alamat dan juga rujukan utama kepada bisnes.
Oleh itu, anda perlu memilih nama domain yang ringkas dan terperinci supaya prospek boleh browse website bisnes.
Pemilihan hosting
Perkara kedua yang terpenting ialah pemilihan hosting. Bahasa mudahnya, hosting merujuk kepada server yang akan menyimpan segala informasi penting seperti video, teks, email, dan sebagainya.
Pemilihan platform
Terdapat banyak platform yang boleh digunakan untuk membina website bisnes. Sebagai contoh:
- WordPress
- Blogger
- Joomla
- Opencart
- Drupal
Anda boleh memilih platform yang bersesuaian dan lebih mudah dikendalikan untuk bisnes anda.
Cara Buat Website sendiri dengan WordPress
Langkah pertama setelah anda beli domain dan hosting, anda perlu masuk ke dashboard hosting. Sebelum itu, anda akan diberikan kedua-dua username dan kata laluan untuk dashboard hosting.
Selepas itu, anda perlu login ke akaun cpanel yang diberikan serta klik pada softaculous apps installer.
Bagi pengguna platform WordPress, anda dikehendaki WordPress ke dalam hosting. Klik pada softaculous apps installer.
Tersebut dan halaman berikut akan muncul.
Klik pada butang install pada icon WordPress.
Setelah itu, paparan seperti dibawah akan muncul. Sila pastikan maklumat domain anda adalah tepat. Pada bahagian choose protocol, pilih https:// mahupun https://www.
Pada bahagian In Directory, pastikan halaman tersebut kosong bagi mengelakkan fail website itu dimuat turun pada folder bukan utama.
Dalam pada itu, anda juga perlu mengambil serius pada bahagian Admin Account.
Berikut merupakan langkah-langkah utama mengenai Admin Account:
- Isikan slot admin username dengan username yang anda inginkan.
- Selepas itu, anda dikehendaki untuk mengisi kata laluan. Anda perlu memastikan kata laluan tersebut itu tidak berkaitan dengan nama pilihan untuk domain.
- Kemudian, anda perlu mengisi admin email dengan menggunakan emel aktif kepunyaan anda.
- Setelah itu, anda perlu klik butang Install. Sebaik sahaja langkah ini selesai, anda akan menerima alamat login ke website bisnes anda.
- Anda hanya perlu klik pada link yang diberikan. Kini, anda sudah memiliki website sendiri.
Kesimpulannya, membina website adalah amat penting bagi memastikan perniagaan anda mudah dicari oleh orang ramai.
Jadi, bagaimana?
Adakah anda sudah bersedia untuk membuat website bagi meningkatkan prestasi bisnes?
Leet.my merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan server dan cloud solution selama 12 tahun.
Apakah keistimewaan Leet.my?
- Mempunyai pelbagai pelan yang menarik dengan harga berpatutan
- Boleh memilih pelan yang bersesuaian dengan jenis bisnes anda
- Mempunyai Pakej Prihatin yang amat berpatutan
- Arahan penyelenggaraan mudah difahami.
- Leet.my bersedia untuk membantu pelanggan yang menghadapi kesukaran mengenai hosting
Jadi, tunggu apa lagi?
Comments are closed.