ssl malaysia

Pernahkah anda perasan kadangkala ada laman web yang bermula dengan HTTPS? Ada juga laman web yang mempunyai simbol mangga. ssl malaysia

HTTPS dan simbol mangga pada address bar kebiasaannya bermaksud laman web tersebut mempunyai SSL certificate.

SSL yang merupakan akronim untuk Secure Sockets Layer merupakan satu protokol keselamatan yang penting untuk ada pada laman web. 

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu SSL, fungsinya dan manfaatnya. 

Artikel ini juga akan membantu anda yang nak tahu cara install SSL untuk laman web anda.

 

Apa Itu SSL dan Fungsinya?

fungsi ssl

SSL ialah teknologi keselamatan standard yang memastikan sambungan internet selamat (secure connection) dan melindungi sebarang data sensitif yang dihantar antara dua sistem.

Dua sistem yang dimaksudkan adalah di antara server dan klien (seperti laman web membeli belah dan browser) atau server dan server (seperti aplikasi dengan data peribadi atau maklumat gaji). 

Ia juga berfungsi untuk menghalang penjenayah atau hacker daripada membaca serta mengubah suai sebarang maklumat yang dipindahkan, terutamanya butiran peribadi. 

SSL menggunakan algoritma enkripsi (encryption algorithm) untuk pastikan data yang dipindahkan mustahil dibaca dan dicuri.

SSL amat penting terutamanya ketika melakukan perbankan atas talian (online banking) dan membeli belah atas talian (e-Commerce). 

Ia juga mengurus niaga kad kredit atau debit di atas talian dengan menggunakan payment gateway.

Selain itu, ia juga berfungsi untuk mendapatkan trafik berasaskan intranet seperti rangkaian dalaman, perkongsian fail, extranets dan sambungan pangkalan data.

SSL juga melindungi login system dan sebarang maklumat sensitif atas talian seperti kata laluan. 

Permohonan mendapatkan pekerjaan juga selalunya menggunakan khidmat SSL. 

Selain itu, ia juga berfungsi ketika memindahkan fail melalui HTTPS dan FTP(s).

Contohnya seperti pemilik laman web mengemaskini laman baru ke laman web mereka atau memindahkan fail besar/fail peribadi.

 

Apakah Manfaat SSL?

manfaat ssl

Jika anda mempunyai laman web dan masih belum mempunyai SSL certificate, mungkin selepas membaca manfaatnya, anda akan segera mendapatkannya. 

  • Menjaga Keselamatan Data Antara Server

Manfaat pertama yang boleh didapati dengan SSL adalah authentication. 

Ia menjamin keselamatan pemindahan data ke server dan memastikan informasi yang dipindahkan sampai ke tujuan server yang betul menggunakan authentication.

Oleh itu, data terhindar daripada pencurian data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh membahayakan reputasi laman web anda. 

  • Meningkatkan Reputasi Laman Web

Jika laman web anda tidak mempunyai SSL, ia akan dikategorikan sebagai selamat dalam kebanyakan browser seperti Google Chrome, Internet Explorer dan Firefox. 

Dengan adanya SSL, ia akan membuatkan pelanggan anda berasa selamat menggunakannya sekaligus meningkatkan reputasi dan kepercayaan terhadap laman web anda. 

  • Meningkatkan Trafik Laman Web

SSL boleh meningkatkan trafik laman web yang dipengaruhi oleh Google. Hal ini kerana Google akan lebih mengesyorkan laman web yang mempunyai SSL berbanding dengan yang tiada SSL.

Bukan itu sahaja, Google akan memberikan amaran kepada pelanggan jika laman web tidak mempunyai SSL yang boleh mendorong pelanggan untuk memilih laman web lain. ssl malaysia

 

Bagaimanakah Cara Install SSL?

install ssl malaysia

Yang baru nak berjinak dengan dunia IT, anda boleh berbincang dengan syarikat hosting anda dan bertanyakan tentang pilihan yang mereka ada.

Beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan adalah menggunakan Microsoft Internet Information Services (IIS), Apache, Exchange, cPanel dan banyak lagi. 

Kali ini, kami akan kongsikan cara install SSL menggunakan cPanel yang mudah bagi pemula. 

Sebelum install, anda perlu pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

  1. Mempunyai akses ke akaun cPanel dan pastikan anda sudah log masuk ke dashboard cPanel. 
  2. Laman web anda yang anda ingin install SSL sudah aktif
  3. Pastikan sambungan internet anda stabil

Kemudian ikut cara-cara ini:

  • Jana Certificate Signing Request (CSR) 

Sebelum anda boleh membeli dan memasang sijil SSL, anda perlu menjana CSR pada server anda. 

Fail ini mengandungi maklumat server dan public key yang diperlukan untuk menjana private key. 

  1. Log masuk ke cPanel, buka control panel dan cari SSL/TLS Manager.
  2. Tekan pada pautan “Generate, view, upload or delete your private keys”. 
  3. Pergi ke bahagian “Generate a New Key”. Masukkan nama domain anda atau pilih dari menu ke bawah. Pilih 2048 untuk “Key Size“. Klik butang Generate.
  4. Tekan “Return to SSL Manager”. Daripada menu utama, pilih “Generate, view, or delete SSL certificate signing requests”.
  5. Masukkan maklumat tentang organisasi/syarikat anda. Anda perlu masukkan 2-digit kod negara, negeri atau wilayah, bandar, nama syarikat, nama bahagian (contohnya IT atau Marketing) dan common name (biasanya nama domain). 
  6. Tekan butang Generate. CSR anda akan dipaparkan. Anda boleh copy dan masukkan pada borang pesanan pensijilan anda. 

Jika memerlukan CSR sebagai fail, copy teks ke dalam editor teks dan simpan sebagai fail CSR.

  • Membuat Pesanan Untuk Sijil SSL Anda

Terdapat beberapa servis atas talian yang menawarkan sijil SSL seperti DigiCert, GlobalSign, Symantec dan banyak lagi. 

Pastikan anda membuat pesanan daripada servis yang dipercayai memandangkan ia berkaitan dengan keselamatan maklumat pelanggan anda. 

Untuk memesan servis pensijilan, anda perlu memuat naik fail CSR anda yang akan digunakan untuk jana sijil untuk server anda. 

  • Muat Turun Sijil 

Anda perlu muat turun Intermediate Certificates daripada servis yang anda langgani. 

Anda akan mendapat Primary Certificate melalui emel atau melalui bahagian pelanggan pada laman web. 

  • Muat Naik Sijil 

Buka semula menu SSL Manager di cPanel dan tekan “Generate, view, upload or delete SSL certificates”. 

Tekan butang Upload untuk memilih sijil yang anda dapatkan daripada pembekal sijil. 

Jika sijil dalam bentuk teks, paste pada kotak yang terdapat pada browser. 

  • Install SSL Certificate

Tekan pautan “Install SSL Certificate”. Ini akan memuktamadkan pemasangan sijil SSL. Server anda akan restart dan sijil anda akan mula diedarkan.

Perkara yang terakhir anda perlu lakukan anda uji SSL anda dengan membuka laman web anda menggunakan “https://” untuk memaksa sambungan SSL.

Gunakan browser yang berbeza seperti Google Chrome, Firefox dan lain-lain. Pastikan ada simbol mangga berlatarkan warna hijau. 

Jika anda masih tidak jelas, tak perlu susah-susah, dapatkan sahaja servis Leet.my! ssl malaysia

leet.my hosting

Kami menyediakan SSL untuk memenuhi keperluan anda. 

Yang bestnya, anda boleh dapatkan harga terbaik untuk Wildcard, Multi-domain Domain Validation, Organizational Validation dan Extended Validation SSL dengan Leet.my.

Selain daripada SSL, banyak lagi servis anda boleh dapatkan dengan menggunakan perkhidmatan kami.

Antaranya adalah shared hosting, pendaftaran domain, Leet kotak maya (VPS) dan sitelock website security. 

Dengan pengalaman selama 12 tahun, kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan server dan cloud solution. 

Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan pelbagai pelan menarik dengan harga berpatutan sesuai dengan saiz bisnes anda. 

Arahan dan penyelenggaraan juga adalah mudah difahami dengan pasukan sokongan yang sentiasa bersedia untuk membantu anda. 

Terdapat pelbagai pelan menarik dengan harga berpatutan yang sesuai untuk bisnes startup yang baru nak mula. ssl malaysia

Kami menawarkan bantuan profesional yang bersedia 24 jam setiap hari jadi anda tak perlu risau tentang sebarang aktiviti laman web yang mencurigakan, mereka akan pantau. 

Jangan biarkan maklumat pelanggan anda jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *