Hosting murah Malaysia

Hosting merupakan suatu tempat penyimpanan data dalam bentuk website, kod CSS, atau script PHP. Teknologi ini amat penting untuk membangunkan sesuatu aplikasi atau laman web.

Tahukah anda bahawa pemilihan web hosting adalah sangat penting dalam memastikan operasi website anda tidak mengalami masalah?

Jadi, artikel ini akan berkongsi info-info mengenai hosting seperti fungsi utama dan tips memilihnya.

Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.

Fungsi dan Kegunaan Hosting

hosting murah Malaysia

Pada bahagian ini, kami akan menjelaskan kepada anda mengenai fungsi-fungsi hosting. Di bawah merupakan huraiannya:

  1. Tempat menyimpan data

Fungsi hosting yang paling utama adalah sebagai tempat simpanan fail atau data secara online. Penyimpanan data ini boleh diakses oleh orang ramai yang ada talian internet.

Perumpamaan secara mudahnya adalah hosting sebagai perpustakaan, manakala website anda ialah buku-buku di situ.

Dengan adanya hosting ini, ia akan memudahkan pengguna-pengguna untuk mencari data yang mereka inginkan di ruangan Internet.

Disebabkan fungsinya sebagai tempat penyimpanan data, hosting mempunyai “saiz” yang tertentu seperti 30MB, 50MB, malah ada juga ratusan GB.

Semakin besar jumlah “saiz” sebuah hosting, maka semakin mahal harga yang dibayarkan oleh penyedia website itu.

  1. Menjaga website atau aplikasi online

Buat pengetahuan anda, website anda boleh diakses dengan baik sekiranya hosting anda tidak mempunyai apa-apa masalah.

Hosting yang baik bermaksud ia telah diselenggara secara berkala.

  1. Alamat Akses atau Pautan Laman Web

Selain itu, terdapat juga fungsi pengalihan DNS dalam hosting.

Sebagai contoh, apabila pengguna hendak melayari website anda, server akan dapat mengesan dan mengakses link hosting yang digunakan.

5 Tips Mudah Memilih Hosting Berkualiti

hosting berkualiti Malaysia

  1. Kelajuan hosting

Dalam memastikan sama ada hosting anda bagus atau tidak, kelajuan adalah garis pengukurnya.

Semua orang semestinya tidak menyukai loading time yang lama apabila membuka suatu website.

Menurut kajian, pengguna internet tidak akan menunggu lama apabila web sedang loading.

Biasanya apabila melebihi 3 saat, mereka akan terus tutup website tersebut dan di situ lah anda akan kehilangan prospek.

Rugi, bukan?

Jadi, pastikan anda memilih hosting yang mementingkan kelajuan.

Pilihlah penyedia hosting yang menawarkan servis Content Delivery Network (CDN) atau yang menggunakan server Solid State Drive (SSD).

Dua ciri tersebut mampu menambahkan kelajuan laman web anda sehingga 300% lajunya.

  1. Utamakan keselamatan

website selamat

Tahukah anda apabila Google mempamerkan symbol ‘i’ dan label ‘not secure’, menunjukkan laman web tersebut tidak selamat dan kemungkinan juga data anda boleh dicuri.

Pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku pada website anda, bukan?

Ini sekaligus akan menjatuhkan kredibiliti website anda dan membuatkan ia kurang meyakinkan.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pastikan anda memilih penyedia hosting yang;

  • Berikan pemasangan SSL certificate secara peruma di mana laman web anda akan menjadi ‘https’.
  • Menawarkan servis pembuangan malware secara percuma jika website anda kena hack.
  • Menawarkan firewall, scan malware dan perlindungan dari malware & spam secara harian.
  1. Backup secara automatik

Anda juga perlu sentiasa backup website anda secara berkala.

Ini amat penting kerana anda hanya perlu restore sahaja apabila laman web anda mengalami masalah yang membuatkan file serta database anda hilang.

Pastikan anda memilih penyedia hosting yang memberikan servis backup secara automatik kerana tidak semua penyedia hosting menawarkan servis ini.

  1. Customer Support yang responsif

responsive customer support

Penyedia hosting perlulah sentiasa pantas, mesra dan mampu menyelesaikan masalah menggunakan kepakaran mereka.

Lebih baik lagi, apabila mereka ada livechat support 24 jam yang boleh membantu pelanggan pada bila-bila masa.

Sebelum melanggan, anda boleh cuba hubungi support yang disediakan oleh penyedia hosting untuk menguji sendiri kepakaran dan kepantasan mereka.

  1. Trusted

Terdapat satu laman web yang ada pengumpulan feedback dan review orang ramai untuk apa jua servis, iaitu TrustPilot.

Di sini, anda boleh baca tahap puas hati pengguna dengan hosting yang digunakan.

3 perkara yang anda perlu perhatikan untuk hosting yang bagus, iaitu rating dari 9.5 hingga 10, review 5 bintang hijau dan juga label ‘Excellent’ dari TrustPilot.

Senarai Hosting Murah Di Malaysia

  1. Leet.my

leet hosting Malaysia

Leet.my adalah antara hosting yang terbaik di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang mencari pakej hosting yang baik dengan harga mampu milik.

Jika ingin membuat website dengan menggunakan Leet.my, anda tidak perlukan kos yang banyak.

Ini sememangnya berbaloi, lebih-lebih lagi untuk anda yang baru nak membina laman web untuk perniagaan anda.

  1. Serverfreak

Serverfreak merupakan web hosting yang terkenal dengan review yang bagus daripada para pengguna.

Ia juga mempunya staff teknikal untuk mengendalikan support dengan pantas.

  1. Exabytes

Hosting laju Malaysia

Extrabytes pula merupakan salah satu hosting yang laju di Malaysia.

Akaun anda akan diaktifkan selepas 1 minit pembayaran dibuat. Pantas, bukan?

Bukan itu sahaja, SSL juga akan diberikan kepada anda dengan percuma. Ini amat penting bagi ranking carian di Google.

  1. Internetwebhosting.com

Dengan pakej Standard Plan untuk hosting berharga RM80 setahun, Internet-webhosting.com menawarkan pakej shared hosting linux dan windows.

Kesimpulannya, sebagai pemilik bisnes, anda perlu lebih cakna akan pilihan pembeli-pembeli di Malaysia.

Hal ini kerana mereka lebih gemar apabila perniagaan tersebut menawarkan perkhidmatan secara fizikal dan digital.

Oleh itu, anda perlu mencari pembekal hosting yang terbaik seperti Leet.my, supaya website anda dapat berfungsi dengan baik.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk memilih hosting dan membuat website bagi perniagaan anda?

leet.my

Apakah keistimewaan Leet.my?

  • Mempunyai pelbagai pelan yang menarik dengan harga berpatutan
  • Boleh memilih pelan yang bersesuaian dengan jenis bisnes anda
  • Mempunyai Pakej Prihatin yang amat berpatutan
  • Arahan penyelenggaraan mudah difahami
  • Leet.my bersedia untuk membantu pelanggan yang menghadapi kesukaran mengenai hosting

Jadi, jom dapatkan hosting yang terbaik dengan harga mampu milik daripada kami sekarang!

Klik sahaja pautan yang diberikan di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *