bisnes online

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, dengan kemajuan teknologi kini, makin ramai usahawan yang mula berjinak-jinak menceburi bisnes online. 

Dengan memasarkan produk atau perkhidmatan secara online, bisnes anda akan mempunyai potensi lebih besar dan peluang yang lebih cerah untuk maju. 

Ini kerana, proses untuk menyampaikan maklumat tentang bisnes anda kepada pelanggan dapat dilakukan dengan lebih mudah pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Jika anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan online, teruskan membaca artikel ini.

Kami akan berkongsi sebab-sebab anda wajib mempunyai website bisnes online serta cara untuk mula melakukannya.

7 Sebab Bisnes Online Anda Perlukan Website

  1. Memberi 24 jam “online presence” kepada bisnes anda.

Salah satu kelebihan mempunyai laman web bisnes adalah ia boleh diakses oleh pelanggan anda tidak kira di mana mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja.

Laman web anda akan sentiasa berfungsi untuk memastikan pelanggan yang datang sentiasa mendapat info yang mereka mahukan tentang produk dan perkhidmatan bisnes anda.

Ini bermakna, anda tidak perlu kekal online untuk membantu pelanggan anda kerana mereka boleh mengakses laman web anda walaupun di luar waktu bekerja.

  1. Khidmat sokongan pelanggan selama 24 jam

Menyediakan khidmat sokongan pelanggan yang bagus bukanlah tugas yang mudah untuk mana-mana bisnes kerana ia memerlukan tenaga kerja yang ramai. 

Namun, dengan adanya website bisnes online, anda dapat menyediakan khidmat sokongan pelanggan dengan lebih mudah dan menjimatkan kos.

Walau bagaimanapun, maklumat dalam website bisnes anda perlulah jelas dan mudah untuk diakses.

Antara 2 cara ini boleh dilakukan adalah dengan:

i. FAQs

FAQs atau Frequently Asked Questions merujuk kepada pertanyaan yang kerap ditanya oleh pelanggan. 

Anda boleh menghimpunkan semua pertanyaan dan jawapan pada satu halaman di website bisnes anda.

Dengan berbuat demikian, anda dapat menjimatkan masa dan sumber anda dalam memberikan maklumat yang tepat dan relevan kepada pelanggan.

ii. Chatbots 

Chatbots pada website akan memudahkan pelanggan untuk bertanya soalan kepada anda dan staf anda.

Ini juga merupakan cara yang bagus untuk memberi banyak maklumat penting kepada pelanggan dengan segara.

Anda boleh menyediakan templat jawapan bagi soalan-soalan asas berkaitan bisnes atau produk anda dan ia akan dijawab secara automatik kepada pelanggan tersebut.

  1. Menyediakan sistem pertukaran maklumat

Lebih daripada 50% pelanggan mengharapkan semua perniagaan mempunyai kehadiran online untuk memudahkan mereka mendapat maklumat berkaitan perniagaan tersebut.

Seperti yang dijelaskan di atas, salah satu aspek website yang paling menarik ialah ia memudahkan proses bagi pelanggan untuk mendapat maklumat penting berkaitan bisnes anda.

Pada terasnya, website bisnes hanyalah satu medium untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan untuk menyediakan maklumat dan sumber kepada mereka. 

Antara cara website bisnes anda dapat membantu dalam pertukaran maklumat adalah dengan:

  1. Iklan yang sentiasa memberi update penting tentang tawaran terkini produk dan perkhidmatan bisnes anda.
  2. Newsletter yang sentiasa memberitahu pelanggan tentang sebarang acara dan berita tentang bisnes anda.
  3. Borang untuk sebarang pertanyaan atau permintaan daripada pelanggan

  1. Mewujudkan kredibiliti dan membina kepercayaan pelanggan

Selain daripada menyediakan nombor telefon dan alamat bisnes, langkah pertama yang penting dalam mewujudkan kepercayaan pelanggan adalah dengan mempunyai “online presence”.

Oleh itu, untuk perniagaan, website adalah sangat penting. 

Bukan itu sahaja, jika website bisnes anda adalah superlatif dalam ciri dan navigasinya, pelanggan lebih cenderung untuk mempercayainya dan memanfaatkannya. 

Website bisnes adalah alat penting untuk mewujudkan kredibiliti perniagaan dan membina kepercayaan dengan pelanggan.

Bagi bisnes yang baru dalam pasaran, ini juga boleh dikukuhkan lagi dengan perkhidmatan SEO tempatan untuk menarik demografi tempatan.

  1. Memaparkan portfolio anda

Jangan jadikan website anda terhad untuk memaparkan produk atau servis bisnes anda. 

Anda juga perlu selitkan portfolio anda untuk menunjukkan keberkesanan bisnes anda.

Dengan ini, pelanggan akan dapat merujuk kerja-kerja anda yang terdahulu dengan mudah dan ia juga dapat membina kepercayaan terhadapat bisnes anda. 

Portfolio yang anda sediakan mestilah mencerminkan prestasi yang bagus dalam bisnes anda. 

Sebagai contoh, jika anda mempunyai bisnes pelancongan, anda boleh menyediakan video pengalaman pelanggan anda yang terdahulu.

Anda boleh sertakan keseluruhan proses daripada penempahan tiket hingga mereka tiba di destinasi percutian. 

Anda juga boleh meminta mereka memberi maklum balas positif terhadap bisnes anda.

Selain itu, sekiranya anda menawarkan perkhidmatan reka grafik pula, portfolio anda boleh diisi dengan koleksi karya anda.

Dengan ini, orang yang melawat website anda dan melihat portfolio anda akan lebih mudah untuk mempercayai bisnes anda serta mendapat jangkaan akan kualiti servis yang anda tawarkan.

  1. Strategi marketing yang berkesan

Strategi marketing yang efektif memainkan peranan penting dalam pengembangan sesebuah perniagaan. 

Dengan mempunyai website bisnes, ia akan memudahkan proses penyebaran maklumat dan berita mengenai bisnes anda. 

Ini kerana, dengan adanya website, anda boleh menjadikan bisnes anda senang diakses dengan enjin carian di Google dengan menetapkan kata kunci tertentu.

Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan iaitu Search Engine Optimization (SEO) dan Search Engine Marketing (SEM).

Selain daripada dua kaedah tersebut, anda juga boleh memaparkan website anda melalui media sosial seperti Facebook dan twitter serta “Display ads”. 

“Display ads, membolehkan anda mempromosikan bisnes anda secara terus kepada pelanggan sasaran melalui penetapan ciri-ciri demografi mereka.

Sebagai contoh, anda perlu pilih umur, jantina dan lokasi yang sama dengan pelanggan sasaran anda. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menetapkan berapa luas anda mahu iklan tersebut dapat dilihat sama ada hanya sekitar kawasan perumahan anda atau seluruh Malaysia.

  1. Kos efektif

Kedai fizikal memerlukan anda membuat pelaburan besar terutamanya apabila anda perlu menyewa ruang komersial. 

Bukan itu sahaja, perabot dan staf juga merupakan beberapa perbelanjaan tambahan yang agak membebankan bisnes yang baru beroperasi. 

Oleh itu, anda digalakan untuk mempunyai webiste untuk mengembangkan bisnes anda dan untuk membuat operasi berjalan lebih lancar.

Dengan WordPress, Shopify, atau Wix, anda dapat membuat website dengan sendiri dan mudah pada harga yang sangat berpatutan.

Namun, sekiranya anda mahu membuat webiste E-dagang yang kompleks dengan ribuan halaman dan perisian penapis yang rumit, anda mungkin memerlukan bantuan pakar. 

Walau bagaimanapun, kos yang diperlukan untuk membuat website masih sedikit berbanding dengan membangunkan kedai fizikal.

Sudah bersedia untuk membina website untuk memajukan lagi bisnes anda tapi tidak tahu bagaimana untuk mula?

Jangan risau, Leet.my sedia membantu!

bisnes online

Leet.My ialah pakar dalam menyediakan perkhidmatan server dan cloud solution selama 12 tahun.

Apakah keistimewaan Leet.my?

Semestinya terdapat pelbagai pelan menarik dengan harga berpatutan!

Anda boleh pilih mana-mana pelan yang bersesuaian dengan saiz perniagaan anda. Semuanya tersedia untuk anda.

Jika anda baru memulakan bisnes dan ingin mengembangkannya online, anda boleh ambil pakej Prihatin .

Bermula dengan RM80 menggunakan domain yang berakhir dengan .my.

Jika anda mempunyai atau menggunakan domain .my, ia akan  menonjolkan lokaliti perniagaan anda.

Dengan tambahan anda boleh juga mempunyai email akaun dengan nama sendiri serta hosting percuma untuk meletakkan laman web anda. 

Ini semuanya boleh terjadi dengan hanya pakej PRIHATIN kami. Bermula RM80 anda dapat semua itu sebagai permulaan.

Berikut merupakan pakej-pakej yang anda boleh dapatkan:

Package Prihatin National domain .com.my .net.my .org.my

buy .my domain to get free hosting

1GB Ultra Fast SSD Disk Space
3Gb Data Transfer
Unlimited Email Accounts
1 Website
HTML, PHP
1 MySQL
One Click Installer
FREE SSL (HTTPS) for 1st year
FREE Data Backup for 1st year

**Document Require.com.my, .net.my
*Borang 9 (Certificate of Incorporation for SDN BHD) or Borang D (Certificate of Incorporation for Enterprise/Sole Proprietor)..org.my
*Letter from Government Ministry that endorses the Organization

Bundle Deal! RM80.00

Package Prihatin National domain .my
buy .my domain to get free hosting
1GB Ultra Fast SSD Disk Space
3Gb Data Transfer
Unlimited Email Accounts
1 Website
HTML, PHP
1 MySQL
One Click Installer
FREE SSL (HTTPS) for 1st year
FREE Data Backup for 1st year

**Document Require
*Borang 9 (Certificate of Incorporation for SDN BHD) or Borang D (Certificate of Incorporation for Enterprise/Sole Proprietor) Or Malaysian Identification Card (Individual)

Bundle Deal!RM100.00

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Prihatin!

Bukan itu sahaja, arahan penyelenggaraan kami juga mudah difahami. Pasukan kami sedia membantu anda dengan sebarang masalah yang anda hadapi selama 24 jam. 

Tambahan pula, dengan Leet.my, anda boleh bina website bisnes anda dengan semudah drag & drop. 

Ini bermakna, web builder kami memberi anda peluang untuk membina website tanpa coding.

Lokal server kami berpusat di Data Center, Cyberjaya yang merupakan pusat data utama di rantau asia iaitu PLTPRO @CX2.

Leet.my juga menawarkan jaminan uptime ketersediaan laman web anda sebanyak 99.9%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *